"Tuah ayam nampak pada taji, tuah manusia siapa yang tahu" begitulah nasib yang memihak kepada Wana selaku pemenang Mystarz LG kali ini. Tempat kedua pula dimenangi oleh Nashrin, anak kelahiran Penang. Pada peringkat priview TV di TV3 pada sebelah petang sebelum bertanding, Wana hanya menduduki tempat ke 4 dengan 12% dibelakang Hairie 17%, Nashrin 30% dan Cassie 40%. Selaku pemenang, Wana membawa pulang wang tunai RM 100,000.00, keperluan rumah tajaan LG iaitu LCD TV (42’ LG 80 LCD), dan kontrak rakaman bersama label rekod ternama, Warner Music Malaysia.
rasa2 aku wana ni dah banyak masuk ptandingan menyanyi... ok la tu kalau kali ni dia jadi winner... berkat usaha dia la tu..
ReplyDelete